EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, September 12, 2022
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

pentaq电竞数据2022赛程手机版

by moneycompass
Oktober 15, 2021
in Perkara-Perkara Menarik
Malaysia
Share on Facebook Share on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Selepas hampir 2 tahun menjalani kehidupan sambil berdepan dengan wabak Covid-19, adakah masyarakat Malaysia sudah mengubah cara mereka menguruskan wang? Persoalan yang lebih penting, adakah negara kita kini menuju ke arah pemulihan kewangan dengan pembukaan sektor ekonomi secara berkala? Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS 2021) meneliti dengan lebih mendalam dan mendapati bahawa rakyat Malaysia kini berdepan lebih banyak kesukaran untuk menyimpan wang pada setiap bulan.

52% daripada responden berjaya menyimpan kurang daripada RM500 sebulan ataupun tidak dapat membuat sebarang simpanan, dan ianya merupakan satu peningkatan berbanding tahun lepas (49%). Sementara itu, 21% pula bergantung harap sepenuhnya kepada gaji yang diberi pada hujung bulan. Ini kerana mereka tidak mampu menyimpan wang pada setiap bulan (peningkatan kecil daripada 19%). Namun begitu, seramai 76% rakyat Malaysia beranggapan bahawa kewangan mereka adalah terkawal — di antara mereka ini, 33% masih membelanjakan sepenuhnya atau lebih daripada gaji bulanan mereka. 

Walaupun begitu, rakyat Malaysia telah mula memandang serius tentang penyimpanan wang untuk kecemasan semenjak pandemik melanda. 63% daripada responden memilih “dana kecemasan” sebagai sebab utama mereka menyimpan wang, diikuti pula dengan pencen (49%), melancong (40%) dan pembelian harta/rumah (38%). Semakin ramai rakyat Malaysia menyedari bahawa simpanan KWSP tidak mencukupi untuk persaraan mereka (15% berbanding 30% pada tahun 2020 yang menyatakan bahawa simpanan KWSP mereka cukup untuk persaraan). Sungguhpun begitu, hampir separuh daripada mereka ini (45%) masih belum mula merancang untuk persaraan mereka.

“Melalui RMFLS tahun lalu, kita melihat bahawa sebilangan besar rakyat Malaysia mula menyedari kepentingan dana kecemasan. Tetapi, pandemik yang berpanjangan ini terus mempengaruhi ekonomi dan kewangan rakyat Malaysia setiap hari. Kesannya terhadap kebolehan masyarakat untuk menyimpan wang adalah jelas. Tetapi, simpanan wang bukanlah satu-satunya cara untuk menguruskan wang. RinggitPlus akan terus berusaha untuk mendidik dan memperkasa rakyat Malaysia untuk mengendalikan kewangan dengan lebih baik melalui cara holisitik yang juga merangkumi pengurusan hutang yang cekap dan cara lain untuk menggandakan wang mereka,” kata Hann Liew, Pengasas Bersama dan Pengarah RinggitPlus.  

Selain daripada simpanan, rakyat Malaysia bersikap lebih terbuka mengenai cara menggandakan dana mereka melalui pelaburan automasi seperti matawang kripto dan penasihat robo. Hampir separuh (49%) daripada rakyat Malaysia menyatakan yang mereka tertarik atau mahu melabur dalam matawang kripto.

Kajian ini mendapat 3,033 respon dari seluruh negara dan kaedah sampel berstrata telah dilakukan untuk mencapai 1,518 respon sampel yang mewakili populasi negara Malaysia.  

 

RMFLS 2021: Hasil Kajian Utama 

  • Tiada perubahan yang ketara dalam tingkah laku kewangan peribadi masyarakat Malaysia. Namun, rakyat Malaysia semakin kurang menyimpan — ini berkemungkinan akibat daripada kesan ekonomi wabak Covid-19. 
  • Hanya 15% responden dapat menyimpan RM1,500 ke atas setiap bulan, penurunan dari angka 20% pada tahun 2020. 
  • Separuh (50%) daripada responden menyatakan bahawa mereka tidak akan bertahan lebih dari 3 bulan sekiranya kehilangan pekerjaan.
  • 44% membelanjakan sepenuhnya atau lebih daripada gaji bulanan mereka, hampir sama dengan 43% yang diperolehi pada tahun 2020. 
  • 21% telah mengambil atau merancang untuk mengambil moratorium pinjaman, 2x lebih tinggi daripada anggaran industri. 
  • Pemilikan kad kredit menurun pada tahun ini: 45% tidak memiliki sebarang kad kredit (35% pada tahun 2020), 45% mempunyai 1-3 kad (dari 51%), sementara hanya 10% memiliki lebih daripada 4 kad (sebelumnya 14%). 
  • Penggunaan e-dompet tetap tinggi di Malaysia pada kadar 89%. Malah, 36% menggunakan lebih daripada 3 e-dompet yang berbeza untuk pembayaran mereka. 
  • Walaupun terdapat usaha untuk mendorong pengguna membeli insurans dalam talian, majoriti rakyat Malaysia (65%) masih memilih untuk membeli melalui ejen. 
  • Belia dan golongan milenial (18-35 tahun) masih memerlukan pertolongan untuk menguruskan kewangan mereka:
    • 24% tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk bertahan melebihi 1 bulan. 
    • 57% tidak dapat bertahan lebih dari 3 bulan. 
    • 45% membelanjakan sepenuhnya atau lebih daripada gaji bulanan mereka.  
  • Golongan ini lebih celik digital dan lebih daripada separuh (63%) belia mahu atau tertarik untuk melabur dalam matawang kripto. 

 

Memperkasakan rakyat Malaysia untuk membuat keputusan kewangan lebih bijak

Walaupun rakyat Malaysia menunjukkan minat untuk mempelajari tabiat kewangan yang lebih baik, jelas juga bahawa ramai yang tidak tahu di mana untuk bermula. Untuk mengatasi masalah ini, RinggitPlus melancarkan dua perkhidmatan baru – Perkhidmatan Perancang Kewangan RinggitPlus dan Pemeriksaan Kesihatan Kewangan RinggitPlus – untuk memperkasakan rakyat Malaysia agar lebih celik kewangan.

Perkhidmatan Perancang Kewangan RinggitPlus tersedia dalam dua bentuk, Akademi RinggitPlus dan Perancang Kewangan RinggitPlus, yang menawarkan akses kepada perancang kewangan yang diperakui dan nasihat pengurusan wang yang praktikal dengan harga yang berpatutan. Webinar dan sesi konsultasi perseorangan dilakukan sepenuhnya dalam talian supaya mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia. Pelancaran ini selaras dengan Bulan Literasi Kewangan dengan kerjasama Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN).  Sepanjang bulan Oktober, rakyat Malaysia boleh mendaftar untuk Perkhidmatan Perancang Kewangan RinggitPlus dan menikmati potongan RM100 dengan kod tawaran “FLM100”.  

“Ramai yang beranggapan bahawa hanya golongan berada sahaja yang mampu untuk berjumpa dan meraih manfaat kewangan melalui perancang kewangan. Sesiapa sahaja boleh mendapat manfaat daripada bimbingan dan sokongan perancang kewangan – tidak kira samada anda seorang graduan baru, pengantin baru, ibu bapa baru, atau hampir bersara. Anda cuma perlu melengkapkan diri anda dengan produk dan cara pemikiran yang betul untuk mengurus kewangan anda dengan lebih bijak. Tujuan produk dan perkhidmatan baru kami adalah untuk menjadikan nasihat kewangan lebih terbuka dan mudah diakses oleh semua, sama ada melalui perancang kewangan kami dengan Perkhidmatan Perancang Kewangan RinggitPlus atau melalui kerangka algoritma komprehensif kami dalam Pemeriksaan Kesihatan Kewangan RinggitPlus yang dibangunkan bersama dengan mangro, satu perkhidmatan teknikal yang ditawarkan oleh kipleX,” tambah Hann. 

Pemeriksaan Kesihatan Kewangan RinggitPlus adalah alat penilaian dan cadangan kewangan pertama di Malaysia yang mudah digunakan. Ia membuat penilaian khusus terhadap kesihatan kewangan pengguna dan menawarkan nasihat dari segi 7 bidang kewangan utama – Perancangan Cukai, Pengurusan Hutang, Aliran Tunai, Pelaburan, Matlamat, Perancangan Harta Tanah, dan Pengurusan Risiko. Anda hanya memerlukan 10 minit untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kesihatan kewangan dan cadangan sebagai panduan untuk pilihan kewangan yang lebih baik. 

“Ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai masa atau wang untuk mendapatkan pertolongan akauntan peribadi dan penasihat kewangan, tetapi mereka amat memerlukan panduan dari segi kewangan. Dalam masyarakat digital hari ini, rakyat Malaysia mengharapkan alat digital yang lebih baik untuk membantu mereka memahami, mengurus dan merancang kewangan mereka sendiri. Kami sangat gembira untuk bekerjasama dengan RinggitPlus untuk membina alat kewangan layan diri untuk masa depan.” kata Stan Zabolotsky, Ketua Bahagan Pengusaha di kipleX, seorang pembangun usaha di sebalik tabir untuk mangro.

Untuk Bulan Literasi Kewangan, RinggitPlus juga bekerjasama dengan FEN bagi mengatur pelbagai inisiatif untuk meningkatkan tahap literasi kewangan negara, seperti satu webinar mengenai kepentingan perancangan kewangan yang akan tersedia dalam 3 bahasa. Ketahui lebih lanjut di: https://www.fenetwork.my/ . 

 

 

BACA SETERUSNYA:  4 dalam 10 rakyat Asia menghidapi Osteoartritis dan sakit sendi percaya sekatan COVID-19 memberi impak negatif terhadap kualiti kehidupan, dari aspek emosi dan secara praktikal

Share Send Share Send Tweet Share
Previous Post

Rumah mampu milik berkualiti hak asasi rakyat

Next Post

Belanjawan 2022 mengetengahkan sektor pelancongan, peruncitan, PKS

Related Posts

Perkara-Perkara Menarik

PESTA LAUT SEDUNIA – SAMBUTAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2022

17 Jun 2022
Perkara-Perkara Menarik

Adakah Gaji Minimum Lebih Tinggi Bermaksud Pengangguran Dan Inflasi Lebih Tinggi?

07 Apr 2022
Perkara-Perkara Menarik

Adakah anda bersedia untuk Cabaran Keusahawanan Uni 2022?

01 Apr 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by pentaq电竞数据

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA

im电竞新 lol英雄联盟(云南)公告排名永久 飞鱼电竞赛事押注软件下载 FIFA Online 电竞玩家直播网站 pentaq电竞官网全球