EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, September 12, 2022
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

pentaq电竞数据直播手机版

by moneycompass
Oktober 16, 2020
in Kompas , Kompas Pelaburan
Share on Facebook Share on WhatsApp

Anda pernah dengar bukan tentang pelaburan saham? Adakah anda teringin mahu memasuki pelaburan saham. Tetapi takut akan risiko yang mungkin anda hadapi.

Dalam pelaburan saham, akan terdapat beberapa risiko yang anda mungkin anda hadapi. Jadi untuk ketahui risiko dan cabaran dalam pelaburan saham, anda perlu dapatkan beberapa maklumat.

Pelaburan saham juga ada kebaikannya dan anda akan rasa seronok apabila anda mendapat keuntungan dari pelaburan saham yang anda laburkan.

Jom kita lihat beberapa cara mudah untuk anda pelajari tentang pelaburan saham sebelum anda melabur di dalam pasaran saham

 

1 Belajar perkara asas berkenaan pelaburan saham

 

Kata pujangga, “Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan di duga” Begitu juga dengan pelaburan saham.

Kalau tidak belajar dan punyai pengetahuan asas, jangan pula terburu-buru untuk terlibat sama.

Jangan hanya sekadar terikut-ikut dengan orang lain yang dah lama melabur.

Oleh itu, bagi bakal pelabur baru, dinasihatkan untuk belajar dulu perkara-perkara asas berkenaan pelaburan saham sebelum mula melabur.

Kenal pasti istilah-istilah yang digunakan dan fahamkan maksudnya.

Belajar tentang cara jual beli saham dan bagaimana kenal pasti kaunter-kaunter berpotensi.

Untuk belajar perkara-perkara asas ini, tak perlu keluarkan belanja yang banyak. Boleh juga sertai seminar-seminar pelaburan saham percuma sama ada yang dianjurkan agensi-agensi kerajaan atau pakar-pakar pelaburan.

Atau pun, belajar daripada remisier-remisier atau dealer-dealer semasa buka akaun CDS dan trading nanti.

Lebih mudah lagi, boleh belajar daripada laman web seperti BursaMarketPlace.

Tidak digalakkan untuk terus sertai bengkel advance yang berharga mahal; takut nanti ter’overload’ pula.

 

2 Buka akaun CDS & trading

 

Apabila dah tahu serba-sedikit perkara-perkara asas berkenaan pelaburan saham, dah rasa yakin nak mula, cepat-cepat bertindak untuk buka akaun CDS dan trading.

Pilih syarikat broker yang sesuai dan terus buka kedua-dua akaun tersebut.

Jangan tangguh lama-lama, takut nanti hilang momentum.

Modal nak buka akaun CDS dan trading tidak tinggi pun, hanya perlukan bayaran RM 10.60, salinan MyKad dan penyata akaun bank.

Untuk lebih info tentang kedua-dua akaun ini, boleh baca di sini: Cara Buka Akaun CDS & Trading

 

3 Sediakan modal pelaburan sanggup hangus

 

Dalam sesuatu pelaburan, rugi itu pasti, untung belum tentu.

Lebih-lebih lagi bagi pelaburan yang agak berisiko seperti pelaburan saham.

Oleh itu, bagi pelabur baru yang baru nak mula pelaburan saham, digalakkan supaya sediakan modal yang mampu hangus dahulu untuk bermula.

Jangan pula guna duit untuk kahwin, atau untuk deposit pembelian rumah, atau deposit pembelian kereta, sebagai modal awal pelaburan saham.

Atau duit untuk pembelian barang-barang keperluan seharian untuk diri-sendiri atau ahli keluarga.

Senang cerita, pastikan modal awal yang disediakan tersebut adalah duit lebihan yang tidak diperlukan dalam masa terdekat.

Yelah, mana tahu nanti apabila melabur, modal tersebut hangus, susah pula nak tampung perbelanjaan-perbelanjaan penting yang lain itu.

Dan lebih penting lagi, pastikan modal tersebut adalah duit sendiri, bukan dipinjam daripada orang atau pun pihak lain.

Berapa banyak modal yang diperlukan?

Sebagai permulaan bagi pelabur baru, saya rasa, modal awal sekitar RM 3,000 ke RM 5,000 adalah memadai.

 

4 Beli beberapa kaunter saham

 

mula pelaburan sahamAkaun CDS dan trading dah ada, modal awal pun dah ada, maka sekarang bolehlah cuba beli beberapa kaunter saham yang dirasakan berpotensi.

Dapatkan bantuan dealer atau remisier untuk menggunakan online trading platform daripada syarikat broker yang mana akaun CDS dan trading dibuka.

Biasakan dengan kepelbagaian nama kaunter saham, butang beli dan jual, harga beli dan jual, serta tempoh pengesahan transaksi.

Belilah 1 atau 2 kaunter saham yang dirasakan berpotensi; gunakan kemahiran asas yang dipelajari untuk menilai kaunter saham mana yang terbaik untuk dibeli.

Tak kisah nak guna kemahiran analisa fundamental, teknikal atau gabungan kedua-duanya, yang penting, jangan semberono membeli kaunter saham.

Buat pilihan yang bijak berdasarkan ilmu yang dipelajari.

 

5 Pantau prestasi kaunter, buat penilaian

 

Bagi pelabur baru, digalakkan untuk wujudkan jurnal pelaburan saham sendiri.

Dalam jurnal tersebut, catatkan butiran kaunter-kaunter yang dibeli; harga beli, jumlah unit, kos-kos terlibat, modal, sebab membeli.

Dari semasa ke semasa, perhatikan prestasi kaunter-kaunter yang dibeli; adakah membawa kegembiraan atau sebaliknya.

Tetapi, tak perlulah sampai setiap hari nak tengok harga kaunter saham yang dibeli.

Boleh buat penilaian dalam tempoh lebih panjang, contohnya setiap 2 minggu atau sebulan.

Kalau rasa kaunter dah mencapai keuntungan yang dikehendaki, atau rugi ke tahap yang sudah tidak dapat ditanggung lagi, mungkin boleh dijual.

Jangan lupa untuk catatkan dalam jurnal pelaburan berkenaan sebab mengapa sesuatu kaunter dijual berserta butiran-butiran yang lain.

 

6 Belajar dan terus belajar

 

Selepas dah rasai sendiri pengalaman awal melabur dalam pelaburan saham menggunakan modal awal yang sanggup hangus, sekarang nilaikan, adakah pelaburan saham sesuai dengan diri-sendiri?

Adakah tabah melihat harga kaunter jatuh sehingga 50% daripada harga awal?

Atau sampai tidur tak lena memikirkan kerugian yang dialami?

Kalau rasa pelaburan saham memang memenuhi apa yang dikehendaki dan masih berminat untuk teruskan, maka teruskan sahaja.

Sekarang, bolehlah keluarkan sedikit duit untuk hadiri seminar atau bengkel advance berkenaan pelaburan saham, yang biasanya yuran sudah pasti mahal.

Boleh cari mentor berwibawa untuk membimbing perjalanan pelaburan saham anda.

Tambahkan lagi modal untuk melabur dalam pasaran saham.

Belajar dan terus belajar sampai jadi pakar pelaburan saham, sekurang-kurangnya untuk diri-sendiri.

 

Kesimpulan

Jadi adakah anda sudah fahami apa yang perlu dilakukan sebelum memasuki pelaburan saham?

Bukan mudah untuk memasuki pelaburan saham, ada pelbagai ilmu yang perlu anda pelajari jika tidak semua usaha anda akan jadi sia-sia.

Ikut tips ini dan mungkin anda dapat memahami dengan lebih mudah pasaran saham.

 

BACA SETERUSNYA –  Tips Bagi Menambah Keuntungan Perniagaan

Share Send Share Send Tweet Share
Previous Post

Ringgit Kekal Rendah Berbanding Dollar

Next Post

BPN 2.0 Mula Dibayar Hujung Oktober

Related Posts

digodam
Kompas

3 Perkara Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Akaun Bank Anda Digodam

07 Okt 2021
Kompas

Tips Memulakan Perniagaan Yang Berjaya

20 Okt 2021
Kompas

Usahawan Berdepan Situasi Mencabar – Azizan Osman

20 Okt 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by pentaq电竞数据

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA

im电竞新 lol英雄联盟(云南)公告排名永久 飞鱼电竞赛事押注软件下载 FIFA Online 电竞玩家直播网站 pentaq电竞官网全球