Selalu orang cakap apabila kita beli rumah kita jadikan rumah sebagai tempat pelaburan
Ada pula yang cakap, sewa rumah dapat kurangkan beban pembayaran rumah bulan-bulan.
Tapi adakah kita tahu apa perlu dilakukan sebelum kita sewa rumah pada orang?
Bukan apa, bila kita sewakan rumah pada orang kemudian orang yang kita beri sewa tersebut lari bagaimana?
Kemudian, jika berlaku salah faham kemudian tiada satu bukti yang mengatakan pihak mana yang betul juga akan memberi ada kekusutan.
Di laman sosial dapat kita lihat pelbagai masalah berlaku antara penyewa dengan tuan rumah disebabkan tidak lakukan cara sewaan yang betul.
Mari kita lihat, apa perlu dilakukan sebelum kita sewakan rumah kita pada penyewa kita.
1 Perjanjian Sewa
Ini perkara paling penting kerana jika apa-apa berlaku, kita boleh rujuk kepada perjanjian bertulis yang telah dipersetujui.
Kebiasaanya, tuan rumah yang akan menyediakan perjanjian ini.
Penyewa juga harus membaca semua perjanjian yang ditulis dan jika ada yang tidak berkenan di hati, boleh bincang terus dengan tuan rumah bagi elakkan masalah di masa akan datang.
Tuan rumah pula, jangan pula buat perjanjian sambil lewa, pastikan semua perkara termasuk di dalam perjanjian mudah untuk anda dan penyewa.
2 Menentukan Harga Sewa
Yang ni sah-sah jadi benda pertama yang akan ditanya bagi mereka yang nak menyewa.
Sudah tentu, anda nak sewakan rumah secepat mungkin dengan harga yang tinggi.
Namun begitu, bandingkan harga rumah anda dengan rumah lain yang disewakan di hartanah sekitar anda adalah cara terbaik untuk menetapkan harga sewa.
Penyewa akan mencari rumah yang bagi offer terbaik dan termasuk ciri-ciri rumah yang menarik.
Jika anda gunakan khidmat Perunding Hartanah (REN) mereka dapat memberikan idea harga yang bagus untuk sewakan rumah anda untuk dapatkan penyewa segera dengan harga yang lebih tinggi.
3 Periksa Keadaan rumah
Ini juga penting sebelum anda sewakan rumah anda pada penyewa.
Pastikan keadaan rumah baik-baik sahaja supaya penyewa akan lebih yakin pada anda.
Perbaiki kesemua masalah dari besar ke masalah kecil seperti rekahan kecil atau lampu terpadam.
Apabila bakal penyewa melihat rumah anda, mereka akan minta kurang disebabkan kerosakan yang terdapat di dalam rumah anda.
4 Memilih Penyewa dengan TEPAT
Ingatlah bahawa bila anda dah izinkan orang lain menetap di rumah anda, terutama jika anda ingin kembali tinggal di rumah tersebut atau menjualnya kemudian hari, ia adalah keputusan besar yang mana anda harus pertimbangkan.
Bila mana rumah anda sedia untuk disewa, buatlah pilihan dengan bijak.
Pilih penyewa yang terbaik, bayar on time dan jaga rumah sewa anda dalam keadaan yang baik.
Dapatkan maklumat mengenai bakal penyewa lebih-lebih lagi keupayaan kewangan mereka.
Tanya pekerjaan dan gaji mereka.
Boleh minta slip gaji untuk pengesahan pendapatan dan juga buat sedikit kaji selidik latar belakang penyewa.
Ini dapat menentukan kemampuan kewangan bakal penyewa anda samada mereka mampu ataupun tidak. Kalau anda rasa leceh sangat guna je khidmat Perunding Hartanah.
5 Iklan Rumah Yang Akan Disewakan
Bagi mengelakkan rumah anda kosong terlalu lama tanpa penyewa, jangan lupa untuk mengiklankannya.
Iklankan rumah sewa anda di website seperti Mudah.my atau mungkin melalui media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter.
Bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan Perunding Hartanah(REN), anda tak perlu risau REN akan uruskan juga dari segi pengiklanan sebagai langkah pemasaran mereka untuk mendapatkan penyewa.
REN akan iklankan rumah anda seperti di Mudah.my .
Dengan ini, anda hanya goyang kaki dan hanya tanya perkembangan sahaja pada REN tersebut tentang status terkini rumah anda.
Kesimpulan
Sudah lihat bagaimana anda boleh sewakan rumah anda?
Ye, memang banyak perlu dilakukan supaya anda dan bakal penyewa rumah anda dapat keselesaan tanpa masalah.
Sentiasa ingat, mahu sewa rumah bukan mudah.
Jangan ambil mudah apabila sewakan rumah pada penyewa supaya anda tidak kusut dan pening kepala.
Anda juga perlu menjadi tuan rumah yang bertanggungjawab dan jujur.
Jika kita senangkan orang, kelak kita juga senang.
BACA SETERUSNYA – Tips Jimat Berbelanja Ketika Kegawatan Ekonomi
Discussion about this post