Bagi yang biasa melabur, pasti biasa mendengar Pelaburan Sukuk. Tapi bagi mereka yang masih tertanya-tanya apa itu sukuk? Tidak pernah dengar sebelum ini, mari kita salami secara dalam apa itu sukuk.
Sukuk adalah nama pada sebuah sijil kewangan dan sukuk juga dikatakan sama taraf dengan surat hutang islam. Tetapi, pendapatan tetap, surat hutang yang berunsur bunga atau faedah, sangat salah disisi islam kerana mempunyai unsur-unsur riba.
Bahasa mudah bagi sukuk ini adalah, sijil kewangan yang sesuai dengan syariah Islam dan menggunakan prinsip-prinsip pelaburan yang melarang pembayaran riba.
Pada zaman sekarang, sukuk telah berkembang dan menjadi salah satu cara dalam pelaburan yang berasaskan pada prinsip-prinsip syariah.
Permintaan terhadap sukuk telah berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh sukuk sudah menjadi antara peluang pelaburan yang menawarkan risiko terendah serta mempunyai pendapatan tetap yang berlandaskan pada Syariah.
Definisi sukuk
Sukuk ini adalah sijil yang mempunyai nilai yang sama dengan sebahagian atau keseluruhan dari pemilikan harta berwujud untuk mendapatkan hasil dalam pemilikan asset dari projek tertentu atau aktiviti pelaburan khas.
Sukuk berlaku apabila nilai sukuk tersebut telah menerima nilai tertentu dalam tempoh yang tertentu dengan menerima dana sepenuhnya sesuai dengan tujuan sukuk tersebut.
Anda juga mungkin pernah dengar orang sebut Bon patuh syariah. Ini juga merupakan sukuk.
Jom lihat persamaan antara sukuk dan juga bon konvensional.
Sukuk dan Bon konvensional mempunyai satu tempoh matang, kupon profit dan juga boleh dijual beli pada harga hasil (yield price).
Namun, terdapat juga perbezaan utama antara sukuk dengan bon konvesional
Perbezaannya adalah bon konvensional merupakan tuntutan seorang pelabur pada aliran wang di masa hadapan kepada pihak yang menerbitkan bon tersebut. Kontrak antara pelabur dengan penerbit adalah kontrak seorang penghutang dan pemiutang.
Sebagai contoh seorang pelabur melanggan bon bernilai RM1000 dan setiap tahun akan diberikan faedah sebanyak RM100 sekiranya kadar faedahnya 10% sehingga tempoh matang. Setelah Bon itu matang pelabur akan diberikan faedah tahun itu serta dibayar semula harga hasil bon tersebut sebanyak RM1000.
Bagi sukuk pula, pengiraan profit adalah serupa dengan bon konvensional, tetapi di dalam kontrak sukuk, tuntutan seorang pelabur bukan pada aliran wang tunai semata-mata, akan tetapi tuntutan seorang pelabur adalah pada manfaat sebuah aset yang digunakan oleh wang yang dijana melalui kaedah pembiayaan sukuk. Di dalam kontrak sukuk, wang yang dijana daripada terbitan sukuk akan digunakan untuk membeli sesebuah aset.
Kemudian pemegang sijil sukuk mempunyai tuntutan ke atas manfaat yang dijana aset tersebut mengikut kadar pelaburan pelabur tersebut. Contohnya sekiranya pelabur melanggan RM1000 dengan perjanjian kadar profit margin 10%, pelabur akan menerima RM100 setiap tahun dan RM1100 pada tempoh matang.
Sukuk juga telah distruktur dimana terbitannya bukan pertukaran antara wang dengan dengan sijil semata-mata akan tetapi ianya berdasarkan kepada pertukaran aset yang telah diluluskan dengan beberapa timbangan pembiayaan di mana akan membolehkan pelabur menerima keuntungan daripada transaksi tersebut.
Satu lagi aspek yang membezakan antara sukuk dan bon konvensional ialah di dalam situasi di mana penerbit bon tidak dapat membayar balik hutang dan faedah kepada pelabur/pemiutang pelabur akan kehilangan kesemua pelaburannya kerana kontrak bon biasanya tiada jaminan aset yang boleh dicagar untuk mendapatkan semula pokok pelaburan. Di dalam sukuk pula, tidak boleh tidak di dalam kontrak sukuk mesti terdapat jaminan bahawa wang yang dijana daripada pelabur digunakan untuk membeli sebuah aset yang mana keuntungan pelabur datang daripada manfaat aset tersebut. Sekiranya situasi buruk berlaku, pelabur masih dapat klaim sebahagian pelaburan mereka dengan mencagarkan aset yang menjadi jaminan kepada kontrak sukuk tersebut.
Jenis-jenis Sukuk yang terdapat pada masa kini:
Anda mungkin sedikit faham mengenai sukuk kan? Jadi mari kita lihat jenis-jenis sukuk yang ada pada masa kini.
-
Sukuk Ijarah
- Menyewakan hak manfaat aset kepada pihak lain berdasarkan harga dan tempoh yang disepakati
-
Sukuk Mudharabah
- Perjanjian Kerjasama antara dua pihak iaitu pemodal dan pengelola modal
-
Sukuk Musyarakah
- Kerjasama dua pihak dengan menggabungkan sebuah modal untuk sebuah motivasi.
-
Sukuk Istisna
- Kesepakatan jual beli dalam rangka pembiayaan suatu projek barang.
Kesimpulan
Pelaburan sukuk merupakan antara pelaburan ideal bagi pelabur yang menghendaki pulangan pelaburan tetap dengan risiko yang rendah serta yang Syariah Compliant. Walaubagaimanapun, terdapat juga kontroversi dan kritikan mengenai beberapa jenis struktur sukuk yang dikatakan miripnya terlalu hampir dengan riba oleh Syeikh Taqi Usmani.
Oleh itu sebelum anda membuat keputusan mengenai pelaburan anda, bolehlah membuat sedikit kajian mengenai instrumen sukuk yang anda minati. Di Malaysia, cukuplah sekiranya sukuk itu telah diluluskan oleh Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia itu sudah cukup membuat anda yakin mengenai sukuk tersebut.
Selain itu, jika anda masih ragu-ragu, cari seseorang yang mahir mengenai sukuk ini, dan belajar sehingga anda faham mengenai sukuk sebelum memulakan pelaburan sukuk.
BACA SETERUSNYA – Pelaburan Saham Buat Pelaburan Baru
Discussion about this post