EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, September 12, 2022
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

pentaq电竞数据网站买外围

by moneycompass
Jun 16, 2020
in Kompas , Kompas Usahawan
Share on Facebook Share on WhatsApp

Setiap orang yang berniaga pasti mengimpikan untuk perniagaan mereka sentiasa maju dan terus maju untuk dikembangkan lagi.

Tiada yang mahu perniagaan mereka untuk musnah atau gagal selepas habis duit yang dilaburkan dalam perniagaan yang dibangunkan.

Sebab itu, semua peniaga yang berjaya mengatakan, jangan pernah putus asa dalam melakukan sesuatu benda, kerana untuk berjaya dalam perniagaan tidak dapat di capai dalam satu hari, semua kejayaan harus mengambil masa dan tempoh yang agak lama.

Jom kita lihat beberapa tips untuk anda memastikan perniagaan anda tidak terus jatuh menjunam dan menjanjikan pulangan yang lumayan dan memberangsangkan.

 

Mengkaji Tentang Suasana Dan Kedudukan

Sebelum mula berniaga, rancang dulu semua perjalanan perniagaan anda. Jika mahu buka kedai pastikan anda kaji dahulu kawasan kedai yang anda mahu buka.

Lihat sekeliling dan cuba tanya diri anda “ perniagaan yang aku nak buat, sesuai ke disini ?”

Jika anda bercadang mahu membuka kedai dobi atau kedai makan, dan kawasan yang anda mahu mulakan perniagaan di penuhi pelajar atau pekerja yang menyewa, jadi sangat sesuai kerana mereka ada kemudahan dan menyenangkan mereka.

Jadi, kaji dan selidik dahulu kawasan yang anda cadang mahu buka perniagaan anda, adakah sesuai anda berniaga di situ, atau anda perlu cari tempat lain.

 

Mencari Rakan Kongsi Yang Boleh Dipercayai

Jika anda mahu mencari rakan kongsi untuk bantu anda dari segi kewangan, pastikan anda cari orang yang anda boleh percaya.

Sama ada rakan karib anda atau mereka yang mempunyai minat yang sama dengan apa yang anda mahukan supaya perniagaan anda akan nampak lebih ‘bernyawa’ dengan minat yang sama.

Jangan disebabkan seseorang itu mempunya wang yang banyak, anda terus mempercayai mereka, kaji dan selidik dahulu supaya anda tidak tertipu atau ditindas di kemudian hari.

 

Bermula Secara Kecil-Kecilan

Setiap kali apabila ditanya “Bagaimana mahu mula berniaga?” pasti ramai memberitahu untuk anda mulakan secara kecil-kecilan dahulu.

Mengapa?

Hal ini kerana, setiap perniagaan dimulakan secara kecil-kecilan dan kadang-kadang hanya sekadar minat dan hobi untuk menghabiskan masa atau menambah wang sampingan sahaja.

Tiada perniagaan di mulakan secara besar-besaran, melainkan anda mempunyai satu perniagaan yang sudah berjaya dan mahu mulakan satu perniagaan lain bagi kembangkan lagi perniagaan anda.

Sebagai contoh, perniagaan yang di ambil alih dari keluarga sejak turun temurun, di mana pada zaman datuk kita, mereka hanya berniaga di dalam kampong sahaja, kemudian ayah kita pula ambil alih dan di kembangkan dalam satu kawasan dengan di buka satu kedai kecil dan akhirnya jatuh pada kita yang kemudian di kembangkan ke seluruh Malaysia.

Jadi mulakan secara kecil-kecilan, lama-kelamaan dengan usaha dan kecekalan anda, dapat pasti kembangkan perniagaan anda dengan lebih besar.

 

Mengupah Pekerja Yang Boleh Dipercayai

Setelah perniagaan berkembang dengan maju dan anda juga sudah mendapat pulangan modal dan untung yang konsisten, anda boleh mengupah pekerja anda sendiri.

Sebelum mengambil pekerja, perlu kita pastikan mereka adalah dari orang yang boleh kita percaya.

Bukan dari segi perangai atau kelulusan mereka, tetapi adakah mereka boleh menguruskan perniagaan yang kita jalankan.

Kita kena sentiasa berjaga-jaga dalam mengambil pekerja supaya perniagaan kita tidak jatuh merudum akibat pekerja yang tidak jujur atau tidak tahu menguruskan perniagaan kita.

 

Mempunyai Strategi Yang Berkesan

Strategi perniagaan sangat penting untuk memastikan perniagaan kita lebih berkesan dan kita akan lebih bersedia apabila ada masalah yang tiba.

Setiap apa yang dilakukan perlu mempunyai strategi, termasuk strategi hidup, adakah kita mahu sambung belajar atau terus kea lam kerja, kemudian langkah seterusnya.

Kita akan lebih nampak matlamat yang kita ingin capai jika kita sediakan strategi dalam perniagaan kita.

Ada satu pepatah menyebut “Manusia tidak merancang untuk gagal, tetapi mereka gagal untuk merancang”

 

Mendengar Dan Mengikuti Kemahuan Pelanggan

Pernah dengar pepatah bahasa inggeris “Customer Always Right” ?

Pepatah ini sering digunakan di kebanyakan kedai yang ada sekarang, jika ada pelanggan yang mahu menyuarakan pendapat mereka untuk keselesaan pelanggan di kedai kita.

Tetapi, tidak perlu kita ikut semua kata pelanggan kita, ambil yang kita rasa sesuai dengan kedai kita.

Seperti contoh, jika anda ada perniagaan gunting rambut, jadi pelanggan minta anda sediakan ruang untuk menunggu supaya pelanggan tidak perlu berdiri sementara menunggu giliran gunting rambut.

Jadi anda rasa cadangan tersebut satu cadangan yang baik dan boleh tambahkan pelanggan anda, jadi anda ambil cadangan tersebut untuk kebaikan perniagaan anda.

Lebih ramai pelanggan lebih banyak keuntungan. Pelanggan Gembira anda berjaya.

 

Bersedia Untuk Memulakan Perniagaan Yang Besar

Perniagaan yang kukuh dan maju menjadi idaman setiap Usahawan, tetapi adakah kita bersedia untuk ke peringkat seterusnya?

Kejayaan seseorang Usahawan itu dapat dilihat dari segi penerimaan orang ramai terhadap perniagaan kita itu sendiri.

Seperti contoh, dahulu kita hanya bermula dari rumah, kemudian dikembangkan dengan pembukaan kedai, kemudian satu demi satu cawangan anda buka di seluruh negeri kemudian di seluruh Malaysia.

Anda akan lebih bersemangat apabila anda berjaya capai matlamat anda dan anda akan lebih seronok melihat pelanggan anda yang setia dengan anda dari anda bermula kecil sehingga sudah berjaya.

 

Kesimpulan

Secara kesimpulan, ada pelbagai lagi tips untuk anda kekalkan perniagaan anda dan kembangkan perniagaan anda menjadi lebih besar.

Yang penting, jangan takut untuk gagal, kerana jatuh bangun dalam perniagaan adalah perkara biasa. Setiap usahawan Berjaya di dunia ini mengalami pengalaman jatuh bangun untung rugi dalam perniagaan mereka.

Jangan takut ambil risiko perniagaan kerana sekali gagal bukan bermakna anda gagal selamanya.

Jadikan kegagalan anda sebagai pembakar semangat .

Belajar dari kesilapan dan kegagalan kita untuk berjaya di masa hadapan.

 

 

BACA SETERUSNYA – Cara Elakkan Rasa Takut Mahu Berniaga

Share Send Share Send Tweet Share
Previous Post

Dari Udara Ke Industri Pertanian

Next Post

Ekonomi Peru Turun Disebabkan COVID-19

Related Posts

digodam
Kompas

3 Perkara Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Akaun Bank Anda Digodam

07 Okt 2021
Kompas

Tips Memulakan Perniagaan Yang Berjaya

20 Okt 2021
Kompas

Usahawan Berdepan Situasi Mencabar – Azizan Osman

20 Okt 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by pentaq电竞数据

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA

im电竞新 lol英雄联盟(云南)公告排名永久 飞鱼电竞赛事押注软件下载 FIFA Online 电竞玩家直播网站 pentaq电竞官网全球