Program Geran Agropreneur Muda ini telah diwujudkan di dalam perlaksananaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) bagi golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun dengan bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di dalam rantaian nilai sektor pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.
Objektif Program.
Objektif Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut :
- Menarik golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.
- Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju.
- Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif.
- Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (2011 – 2020).
Skop Program.
Program Agropreneur Muda dilaksanakan untuk golongan muda yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi aktiviti projek mengikut 4 sektor utama iaitu Tanaman, Ternakan, Perikanan dan Industri Asas Tani merangkumi skop seperti berikut :
- Tanaman
- Perikanan
- Ternakan
- Industri Asas Tani
- Pemasaran
- Perkhidmatan dan input sokongan pertanian
- Agropelancongan
Kategori Program.
1. Projek Permulaan.
- Belum memulakan projek.
- Telah menjalankan projek kurang dari tempoh setahun atau masih belum mencapai sasaran pengeluaran secara optimum.
- Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi di bawah MOA.
2. Projek Pengembangan.
- Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi.
- Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran.
- Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi di bawah MOA.
Syarat Kelayakan.
Syarat-syarat bagi melayakkan pemohon menyertai Program Geran Agropreneur Muda 2020 adalah seperti berikut di bawah:
- Warganegara Malaysia.
- Golongan belia berumur di antara 18 hingga 40 tahun.
- Boleh membaca, mengira & menulis.
- Belia yang baru memulakan projek, WAJIB mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan atau diiktiraf oleh Jabatan/Agensi di bawah MOA yang berkaitan.
- Belia yang baru memulakan projek dan memiliki Sijil / Diploma / Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MOA berkaitan perojek pertanian yang dicadangkan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikut program latihan teknikal; dan
- Keutamaan kepada belia yang mempunyai kemudahan tanah dan premis sedia ada.
Pemohon menggunakan borang UAM 01/14 (pin. 1/16) dan setiap pemohon layak mengemukakan satu (1) permohonan sahaja.
Jenis Bantuan.
Bahagian 1 – Pengenalan.
Jenis bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:-
1. Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif Program Pengembangan yang dilaksanakan oleh Jabatan/Agensi atau Syarikat Peneraju (dilantik MOA) berkaitan dengan projek yang dijalankan.
2. Sumbangan berbentuk barangan (In-kind contribution) mengikut jenis projek yang dicadangkan. Ini merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan supaya pelaksanaanya akan dapat memberikan impak yang lebih besar.
* HANYA LAYAK KEPADA PESERTA DI BAWAH KATEGORI PROJEK PERMULAAN
3. Pakej Khas Pembiayaan bagi pembesaran projek pertanian sediaada dengan had maksimum pembiayaan daripada agensi pembiaya seperti berikut :
Agrobank
– RM 50,000 hingga RM 200,000 bagi setiap projek
TEKUN Nasional
– sehingga RM 50,000 bagi setiap projek
* HANYA LAYAK KEPADA PESERTA DI BAWAH KATEGORI PROJEK PENGEMBANGAN
Mekanisma Pelaksanaan.
Permohonan.
Golongan belia yang layak perlu membuat permohonan di Pejabat Jabatan/Agensi Daerah di bawah MOA, MAFI (Negeri Sabah) dan MOARE (Negeri Sarawak) atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen berikut :
- Borang UAM 01/14 (pin. 1/16) beserta salinan kad pengenalan dan gambar berukuran pasport.
- Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap.
- Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Projek Pengembangan) atau
- Menyertakan sijil latihan/kursus berkaitan projek bagi permohonan kategori Projek Permulaan.
CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN PROJEK PERMULAAN.
CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN PROJEK PENGEMBANGAN.
Borang yang seperti berikut:
- Lampiran 1 : Penyediaan Rancangan Perniagaan
- Lampiran 2 – Borang Pendaftaran UAM
- Lampiran 3 – Borang Penilaian Permohonan Geran
- Lampiran 4 – Borang Penilaian Permohonan Pembiayaan
- Lampiran 5 – Borang Penilaian Sebutharga Pembekalan
- Lampiran 6 – Borang Pembekalan
- Lampiran 7 – Borang Kemajuan Prestasi Usahawan
- Lampiran 8 – Borang Laporan Pemantauan
Dokumen lengkap perlu dihantar ke jabatan/agensi MOA sebelum tarikh tutup permohonan mengikut fasa.
Tiga tarikh fasa permohonan dibuka iaitu Fasa 1 (1-31 Januari), Fasa 2 (1-31 Mei) dan Fasa 3 (1-30 September).
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi ke talian nombor 03-88701234 atau e-mel ke [email protected] atau layari laman sesawang www.moa.gov.my .
Discussion about this post