Skim Pembiayaan Kemudahan Pengukuhan Perniagaan (SPAK) yang telah disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan kemudahan pembiayaan perniagaan yang mudah tanpa jaminan atau cagaran dan juga tanpa kadar keuntungan.
Inisiatif ini dibawa oleh MARA sebagai usaha dalam membantu usahawan mikro tempatan memulihkan perniagaan mereka yang terjejas berikutan krisis pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac yang lalu.
Skim ini berkonsepkan Qardhul Hasan dan tidak mengenakan sebarang kadar keuntungan, selain akan diproses dengan kadar segera bagi memenuhi keperluan usahawan, sekali gus menyokong aliran tunai syarikat.
MARA memperuntukkan RM6 juta di bawah skim ini dan ia pasti mampu dimanfaatkan lebih 600 usahawan. Pembiayaan sehingga jumlah RM10,000 ditawarkan bagi peniaga yang layak dan memenuhi syarat am yang telah ditetapkan.
Persoalannya, bagaimanakah peniaga boleh membuat permohonan untuk skim MARA ini? Sebelum itu, rujuk kepada maklumat lanjut mengenai Skim Pembiayaan Kemudahan Pengukuhan Perniagaan (SPAK).
Berkenan dengan maklumat lanjut yang telah ditunjukkan melalui infografik di atas, peniaga boleh memohon untuk skim ini dalam talian melalui laman berikut di bawah ini.
Peniaga harus mendaftar sebagai pengguna baru di laman yang tertera dan membuat permohonan dalam laman tersebut.
Sekiranya peniaga yang ingin memohon skim MARA ini dan ingin mendapatkan maklumat seterusnya, serta pertanyaan mengenai skim ini, peniaga boleh menghubungi:
Telefon: 03-2613 2500 / 32502 / 32531
Portal Rasmi MARA: https://www.mara.gov.my/
Discussion about this post