Pernahkan anda mendengar Syarikat Sendirian Berhad?
Apa bezanya dengan syarikat Berhad?
Apa pula kelebihannya berbanding Perkongsian atau Enterprise ?
Mungkin bagi anda yang baru pasang anggan-anggan ingin berniaga, sedang giat mencari maklumat ini kan?
Hari ini mari kami kongsikan beberapa perkara tentang Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)
Sebelum anda berhasrat mahu menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. Mari kita lihat ciri ciri Syarikat Sdn. Bhd.
– Dikawal dibawah
Akta Syarikat 1965
(Sekarang
Akta Syarikat 2016
).
– Sekurang-kurangnya 2 orang Pengarah Syarikat diperlukan (Namun, sekarang 1 orang Pengarah dibenarkan ).
– Dimiliki oleh pemegang saham 2 hingga ke 50 orang sahaja.
– Pengarah syarikat mempunyai liabiliti yang terhad.
– Pemegang saham yang mempunyai 51% atau lebih daripada jumlah saham syarikat berhak untuk mengawal syarikat tersebut.
– Saham syarikat boleh dijual beli tetapi tidak boleh dijual di pasaran yang terbuka .
– Saham syarikat tidak boleh dipasarkan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
Sudah tahu ciri ciri syarikat sdn,bhd?
Sekarang, Untuk menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad anda perlu ikut langkah seperti ini:
1. Lantik Setiausaha Syarikat.
Anda boleh dapatkan perkhidmatan semua Setiausaha Syarikat yang bertauliah seperti, Ahli Badan Profesional seperti MIA, MAICSA, Bar Council dan Licensed Secretary yang diperoleh daripada SSM.
2. Sediakan Maklumat Tertentu.
Selepas anda mendapatkan perkhidmatan Setiausaha Syarikat, anda perlu sediakan beberapa maklumat terlebih dahulu untuk melancarkan perjalanan pendaftaran syarikat sdn bhd anda.
Antara maklumat tersebut adalah:
- Anda perlu fikir beberapa cadangan untuk nama syarikat anda sekurang-kurangnya 3 cadangan nama.
- Selain itu, anda juga perlu fikirkan aktiviti perniagaan yang bakal dijalankan (maksimum 3 aktiviti).
- Anda juga perlu sediakan akaun bank yang akan dibuka bawah nama syarikat anda. (Nama Bank dan Alamat Bank).
Anda perlu sediakan beberapa dokuman sokongan untuk syarikat sdn bhd anda.
Anda perlukan beberapa Salinan kad pengenalan bakal pengarah, Salinan kad pengenalan bakal pemegang saham atau Salinan pasport dan visa (Bagi Warga Asing).
4. Buat Temujanji Dengan Bakal Setiusaha Syarikat Pilihan Anda.
Sebaiknya anda bersemuka dengan bakal Setiausaha Syarikat untuk memudahkan segala urusan kemudian hari.
Setiausaha Syarikat adalah orang penting dan sebahagian daripada keluarga perniagaan yang anda bakal jalankan.
5. Proses Penubuhan Bermula.
Setiausaha Syarikat akan memperbadankan syarikat anda selepas carian nama selesai. Tempoh masa siap biasanya adalah antara 1 hingga 7 hari bekerja.
Setelah selesai, SSM akan mengeluarkan dokumen-dokumen penting menurut Akta Syarikat 2016 seperti Seksyen 14, Seksyen 15, Seksyen 17 dan Seksyen 58 yang menggantikan dokumen-dokumen seperti Borang 9, Borang 24, Borang 49 dan sebagainya.
6. Perjalanan Perniagaan Anda Bermula.
Apabila semua dokumen diterima daripada Setiusaha Syarikat, anda bolehlah membuka akaun semasa dimana- mana bank.
Jangan lupa untuk bina hubungan baik dengan Setiausaha Syarikat anda dengan berkongsi info-info terkini berkenaan pematuhan dan undang-undang syarikat.
Baca Seterusnya – Memulakan Perniagaan Bagi Yang Mahu Ceburi Bidang Perniagaan
Discussion about this post