KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberi tumpuan kepada beberapa sektor yang terjejas teruk oleh ppandemik COVID-19, termasuk sektor pelancongan, peruncitan, dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dalam Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan akhir bulan ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, lapor Bernama.
Katanya, kerajaan mempunyai sifat optimis bahawa ekonomi negara akan melalui tempoh pemulihan yang akan bermula tahun depan. emulihan ini sejajar dengan unjuran pertumbuhan positif yang dibuat oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia untuk tahun 2022.
Tengku Zafrul mengatakan bahawa hal ini dapat dicapai melalui komitmen tinggi kerajaan untuk menghidupkan kembali semua sektor yang terjejas dengan COVID-19.
Namun, tempoh pemulihan mungkin berbeza bergantung pada sektor ekonomi.
“(Oleh itu) dalam pembentangan belanjawan itu nanti, kita akan memberikan tumpuan dan bantuan kepada semua sektor termasuk sektor yang paling terkesan iaitu pelancongan, peruncitan dan PKS yang terjejas.
“Pada tahun ini Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diunjur tumbuh antara tiga peratus hingga empat peratus manakala IMF serta Bank Dunia memberi unjuran lima peratus hingga enam peratus bagi 2022.
“Ini menunjukkan ekonomi kita akan pulih pada tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Perkampungan Orang Asli di Kampung Limbahan/Jeti Sudin.
BACA SETERUSNYA: Rumah mampu milik berkualiti hak asasi rakyat
Discussion about this post