KUALA LUMPUR – Lazada Malaysia menyediakan kalendar bulan September sebagai panduan untuk membantu pembeli dalam talian merebut tawaran terbaik sepanjang bulan ini – bermula dengan LazMall Crazy Brand Mega Offers dan Exclusive Midnight Deals pada jam 12 tengah malam hingga 2 pagi pada 9 September.
Sebagai persiapan untuk mendapatkan tawaran terbaik di pasaran dalam masa dua jam pertama Jualan 9.9, pastikan untuk menambah nilai Lazada Wallet terlebih dahulu sebelum tengah malam ini.
Sambil rakyat Malaysia berlumba untuk merebut tawaran jenama terbaik sepanjang acara ini, mereka juga telah memperkenalkan Exclusive Midnight Deals baharu yang akan memberi pelanggan baucar tambahan 10% dan 999 LazCoins, di samping promosi sedia ada dari jam 12 malam hingga 2 pagi pada 9 September.
Baucar diskaun 10% tambahan, yang boleh digunakan bersama LazMall Crazy Brand Mega Offers, akan disediakan di laman Jualan 9.9 Lazada tepat pada jam 12 malam pada 9 September dan boleh ditebus dalam masa 2 jam pertama jualan bagi produk terpilih di laman tersebut. Apabila anda melengkapi proses pembelian bagi mana-mana tawaran sebelum jam 2 pagi, 999 LazCoins akan dikreditkan secara automatik kepada akaun anda dalam aplikasi Lazada.
Dengan lebih 10,000 jenama yang boleh didapati di LazMall Malaysia, 3,800 lebih banyak berbanding tahun lepas, pengguna Lazada mempunyai pelbagai pilihan barangan bermutu tinggi yang meliputi semua kategori sempena Jualan 9.9 Lazada.
BACA SETERUSNYA: Lazada dan FAMA percepatkan pendigitalan usahawan tani, sektor pertanian
Discussion about this post