EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, September 12, 2022
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

pentaq电竞数据比赛押注软件下载

by moneycompass
Oktober 12, 2021
in Berita Korporat
Yeo’s Malaysia
Share on Facebook Share on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Yeo Hiap Seng (Malaysia) Bhd (Yeo’s) telah melaburkan RM20 juta ke arah Barisan Pengeluaran dan Pengisian Combi berkelajuan tinggi (Pengeluaran Combi) untuk memperkukuhkan lagi keunggulannya dalam kategori Minuman Asia, sekaligus memenuhi permintaan produk global dan menambah baik pengalaman pengguna dalam menikmati rangkaian produk Yeo’s.

Pengeluaran Combi, yang pertama di Malaysia, memenuhi komitmen Yeo’s dalam mengotakan azam jenama tersebut untuk ‘Sajikan Kebaikan’ dengan menginovasi kualiti pengeluaran di samping menyuntik nafas baharu dalam reka bentuk dan ciri produknya, agar terus menonjol dan menjadi pilihan pengguna bijak era ini.

Teknologi pengeluaran berkelajuan tinggi baharu Yeo’s tersebut bakal mengeluarkan rangkaian produk Combi yang bergaya, berfungsi dan bercirikan kelebihan unggul yang menjadi idaman pengguna. Kini, pengguna cuma perlu memutar dan menuang isi pek, tanpa perlu menanggalkan sebarang lapisan aluminium. Selain itu, reka bentuk yang dinaik taraf ini membawakan pengudaraan yang lebih baik supaya produk mudah dituang tanpa tertumpah. Penutupnya pula boleh kembali ditutup dan kalis tumpah walau dalam apa jua kedudukan penyimpanan, manakala bentuknya memudahkan pek untuk diangkat dan mengelakkannya dari mudah terlepas dari pegangan.

Lantas, rangkaian Combi yang baharu ini akan lebih memudahkan pengguna dan dengan ketara, dapat membezakan produk Yeo’s daripada jenama lain.

Mengulas mengenai pelaburan strategik ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yeo Hiap Seng, Samuel Koh berkata, “Pembaharuan melalui Barisan Combi berkelajuan tinggi ini membawa banyak potensi untuk jenama dan bisnes kami. Ia meningkatkan kemampuan kami untuk lebih pantas menembusi pasaran dengan inovasi produk baharu yang kini berada dalam perancangan, termasuklah minuman sihat dan berkhasiat untuk masyarakat hari ini yang mengutamakan kesihatan mereka. ”

Koh mengulas bahawa pelaburan bernilai RM20 juta yang meningkatkan pengeluaran ini akan dapat mengeluarkan bekalan untuk pasaran Malaysia dan juga pasaran lain Kumpulan tersebut. “Sebagai sebuah Kumpulan, kami menilai langkah ini dari sudut jangka masa panjang. Justeru, kami percaya bahawa pelaburan ini akan memperkuatkan legasi jenama Yeo’s dan kedudukan hadapannya di pasaran Malaysia, selain memesatkan usaha membangunkan Yeo’s sebagai sebuah Kumpulan,” tambahnya.

Sementara itu, Jerson Uy, Ketua Pegawai Eksekutif Yeo’s, Malaysia, Brunei dan Indonesia menjelaskan, “Sehingga kini, barisan pengeluaran baru ini telah mengeluarkan pelbagai minuman Asia Yeo’s yang terkemuka, termasuk susu soya, teh krisantimum dan banyak lagi. Apabila beroperasi dengan kapasiti maksimum, barisan baharu ini dapat melipatgandakan pengeluaran pek minuman 1 liter, yang merupakan fokus pengeluaran Yeo’s buat masa ini. Ini adalah untuk memenuhi permintaan pelanggan untuk pek keluarga, di mana sebahagian besar permintaan ini didorong oleh perintah pergerakan dan norma baharu bekerja dari rumah. ”

Beliau menambah bahawa pelaburan terbaru ini juga akan memerlukan lebih ramai pekerja, sekaligus menyumbang kepada peluang pekerjaan di Malaysia di kala musim wabak yang mencabar ini.

Yeo’s kini merupakan No 1 Keseluruhan di Malaysia untuk Segmen Minuman Asia, di bawah Kategori Minuman Asia. Barisan Combi ini dilihat akan memperkukuhkan lagi kedudukan Yeo’s sebagai No. 1 di pasaran.

Manakala di rantau ini secara amnya, Yeo’s sentiasa melabur ke arah menyemai peluang baharu untuk terus berkembang maju. Ini termasuklah berkolaborasi dengan Oatly dari Sweden – syarikat minuman berasaskan oat paling popular dan berkembang pesat di dunia – untuk menghasilkan minuman oat dan membekalkannya ke pasaran di seluruh Asia.

Di samping itu, menyumbang kepada sebahagian visi jangka panjang Yeo’s untuk menjadi syarikat Asia terkemuka yang menawarkan produk makanan dan minuman inovatif dengan kebaikan semula jadi kepada pengguna kami, Yeo’s telah melaburkan US$ 1 juta ke dalam Next Gen Foods Pte. Ltd (NGF). NGF, yang disokong oleh Temasek Holdings Singapura, menjalankan bisnes teknologi makanan berasaskan tumbuhan.

Sebagai sebuah syarikat yang berakar umbi di Malaysia, Yeo’s juga telah melancarkan Yeo’s Helping Hands, sebuah program Tanggungjawab Sosial (CSR) yang kian memacu usaha syarikat untuk membantu masyarakat yang memerlukan. Baru-baru ini, dengan kerjasama Yayasan Amal Ng Teng Fong, bantuan makanan bernilai lebih dari RM 1.4 juta telahpun diagihkan kepada kira-kira 40,000 keluarga.

 

 

BACA SETERUSNYA:  Rentas negeri dibenarkan, SOP lama kekal

Share Send Share Send Tweet Share
Previous Post

4 dalam 10 rakyat Asia menghidapi Osteoartritis dan sakit sendi percaya sekatan COVID-19 memberi impak negatif terhadap kualiti kehidupan, dari aspek emosi dan secara praktikal

Next Post

RMKe-12 akan dilaksanakan dengan penuh integriti dan bertanggungjawab – PM

Related Posts

Sekiranya anda mempunyai kereta, carching, syarikat pemula Malaysia akan memberi ganjaran kepada anda yang menjadikannya sebagai platform penjenamaan.
Berita Korporat

carching: Menukarkan KM kepada RM sambil pamer jenama

30 Ogo 2022
Synergy Group memulakan program Sumber Cahaya dalam Kegelapan (Light Source in Darkness) secara rasminya, yang berikrar untuk membantu pengurusan bangunan kediaman di Selangor menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 80% dengan kos pendahuluan sifar. 
Berita Korporat

Synergy Group dan LPSH Memperkenalkan Program Inisiatif Hijau di Selangor

09 Ogo 2022
Berita Korporat

Kumoten dinobatkan sebagai Platform Dropship Terbesar oleh Malaysia Book of Records

01 Ogo 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by pentaq电竞数据

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA

im电竞新 lol英雄联盟(云南)公告排名永久 飞鱼电竞赛事押注软件下载 FIFA Online 电竞玩家直播网站 pentaq电竞官网全球