KUALA LUMPUR – Yayasan Prihatin Nasional, Federation of Malaysia Business Associations (FMBA), Malaysia Literacy in Financial Education Association (MyLIFE), dan Yayasan Pink Ribbon Wellness akan menganjur sebuah acara yang dinanti-nanti dalam komuniti PKS, Malam Amal ‘MyMalaysia Awards 2021’ yang dijadualkan pada 25 November di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat dan akan dirasmikan oleh YB Tan Sri Hj. Noh bin Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).
Dengan tema ‘ Semangat Keluarga Usahawan Malaysia ‘, acara tersebut terbuka kepada semua jenama lestari yang mengejar kejayaan, pemulihan, dan ketahanan dalam masa wabak yang sukar ini. Pecalonan anugerah juga terbuka kepada semua syarikat tempatan yang mempunyai inisiatif dalam mengetengahkan usaha cemerlang syarikat yang mempamerkan pencapaian teladan dalam tanggungjawab sosial korporat (CSR), patriotisme, kepimpinan, nilai teras perniagaan, inovasi, aktiviti perniagaan, produk & jenama yang cemerlang, dan banyak lagi.
Penganjur acara ini menyasarkan penerima anugerah dari kalangan jenama dan syarikat dari perusahaan kecil dan sederhana (PKS), syarikat, perusahaan, badan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan, ‘ influencer ‘, dan syarikat media.
Anugerah MyMalaysia 2021 akan dihoskan oleh En. Adi Afendi, seorang penceramah motivasi dan jurulatih pengacara majlis. Panel hakim yang dihormati termasuk Tan Sri Dato’ Sri Dato’ Richard Koh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Only World Group Holdings Berhad, Dato Sri Azman Ujang, Bekas Pengerusi Bernama, Adj. Professor Maxshangkar, Ketua Pegawai Eksekutif Max Capital Management (MCM), dan Datuk Grace Chia, Pengarah Mission Esprit Group, dan ahli majlis SME Association Malaysia.
Beberapa ketegori anugerah bagi acara Anugerah MyMalaysia 2021 adalah Anugerah PKS untuk PKS, Anugerah Korporat bagi korporat, Anugerah CSR bagi NGO, Anugerah Penghargaan buat agensi kerajaan, dan Anugerah Pengiktirafan bagi media.
Pemohon anugerah ini diminta untuk menghantar butiran, pernyataan misi dan visi mereka, nilai teras, produk, perkhidmatan, pautan laman web, dan pautan Facebook dalam borang pencalonan . Pemohon majlis anugerah harus mempunyai pengalaman minimum satu tahun dalam bidang perniagaan mereka dan aktif dalam inisiatif patriotik. Tarikh akhir pemohon menghantar borang pencalonan adalah pada 15 Oktober.
Bagi mereka yang berminat untuk mengambil bahagian dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Anugerah MyMalaysia 2021, sila lawati laman web rasmi di https://smeefair.com.my/mymalaysia-award/ .
BACA SETERUSNYA: 2022 dijangka bawa perkembangan ekonomi kepada Malaysia
Discussion about this post