KUALA LUMPUR – CTOS Data Systems Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh CTOS Digital Berhad, sedang memperkasakan konsumer untuk mengawal kesihatan kewangan mereka melalui sebuah program rujukan untuk semakan kendiri Laporan Skor MyCTOS.
Setelah mencatat pencapaian dua juta pelanggan semakan kendiri CTOS baru-baru ini, program ini dilancarkan pada masa yang sesuai, kerana tanggungjawab kredit dan kesihatan kewangan adalah penting ketika negara semakin pulih daripada fasa pandemik.
“Sebagai agensi pelaporan kredit terkemuka di Malaysia, kami menyasarkan untuk memperkasakan seramai mungkin orang dengan alatan serta pengetahuan yang betul untuk membuat keputusan kewangan yang baik dan menyemak laporan kredit MyCTOS anda adalah langkah pertama dalam perjalanan itu,” jelas Eric Hamburger, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital Berhad. “Peningkatan pertumbuhan dalam pelanggan pemeriksaan kendiri CTOS yang kami saksikan menandakan bahawa konsumer secara keseluruhannya semakin sedar mengenai kesihatan kredit mereka. Kami ingin memberi ganjaran kepada mereka kerana mengawal kesihatan kewangan serta menggalakkan mereka untuk memperkasakan orang lain agar melakukan perkara yang sama.”
Program Refer and Reward CTOS akan memberi insentif kepada pelanggan untuk menyemak markah mereka dan merujuk rakan serta ahli keluarga mereka untuk melakukan perkara yang sama, dengan menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM2,000 setiap minggu melalui sistem mata ganjaran terkumpul. Program ini akan berlangsung selama lima minggu dari 27hb Jun hingga 31hb Julai 2022 sebagai sebahagian daripada usaha celik kewangan CTOS yang berterusan.
“Kini kita sedang memasuki fasa endemik COVID, impak ke atas ekonomi akan berkurangan tetapi pemulihan sepenuhnya akan mengambil masa. Dalam tempoh ini, mengawasi skor kredit anda adalah lebih penting kerana akses kepada kredit masih sukar,” jelas Hamburger. “Golongan yang telah mengekalkan kesihatan kewangan dengan sebaik mungkin boleh memanfaatkan peluang kewangan baharu yang timbul, ketika kita kembali ke cara hidup yang normal.”
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kesihatan kredit, mendaftar bagi perkhidmatan semakan kendiri CTOS, atau untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Rujuk dan Ganjaran CTOS, sila layari https://ctoscredit.com.my/refer-and-reward-2022/
Discussion about this post